Thursday, April 23, 2009

STESEN KERETAPI GEMAS


Stesen Keretapi Gemas mula di bina pada tahun 1906 dan berusia lebih kurang 103tahun.ia mempunyai keunikan tersendiri di mana ia menghubungkan dan menjadi titik pertemuan antara pantai timur-selatan-utara.ia terletak ditengah-tengah laluan dan menjadi perhentian terpenting,serta menjadi tempat penukaran kepala untuk megubah hala laluan.

Antara yang menarik di Gemas

Nasi Ayam Mustafah
antara kedai nasi ayam yang popular dan menjadi tumpuan di daerah gemas selain memiliki rasa yang enak ia juga terletak di tempat yang agak strategik iaitu di tengah-tengah pekan gemas dan berhampiran dengan perhentian bas dan teksi.
pemilik kedai ini bernama mustafah b yusuf.kedai ini sudah beroperasi lebih kurang 28 tahun.ia memulakan perniagaan sekitar tahun 1982 sehingga kini.ia terletak di BLOKE1&DAN E2 PERHENTIAN BAS DAN TEKSI GEMAS,73400 GEMAS N.SEMBILAN.
menurut pemilik kedai ini,jumlah ayam yang digunakan dalam sehari anggaran 50-100 ekor,dan kehadiran pelanggan yang tidak putus-putus apabila menjelang tengahari dan hampir mencecah angka 100-150 orang dalam sehari dan mempunyai pekerja seramai 8orang.
kedai nasi ayam mustafah ini mula beroperasi dari jam 10.30-5.00ptg,dan dibuka pada hari isnin-sabtu.jika ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi en mustafah di talian 012-6947886 pada waktu dan hari yang telah dinyatakan diatas pada harga RM4.00 untuk sepinggan

Sunday, April 5, 2009

Lokasi Ppik Gemas




Ppik Gemas terletak di Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Gemas,Jalan Tok sulong,73400 Gemas N.Sembilan...Perpustakaan ini dibina pada bulan Disember 1989...lokasi yang strategik iaitu berhampiran dengan sekolah-sekolah iaitu sek.men.keb.tuanku.abdul rahman,sek.keb.tuanku.abd.rahman,sek ren.jenis kebangsaan cina dan sek.ren.jenis.keb tamil Dahulunya perpustakaan ini adalah sebuah bangunan lama kediaman Pegawai Daerah di zaman penjajahan British.Bangunan tersebut telah diambil oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan,lalu di ubah suaikan mengikut prosedur dan ciri-ciri perpustakaan yang mempunyai ruang-ruang dan bahagian-bahagian tertentu.ppik juga dijadikan sebagai batu loncatan untuk mencari rujukan dengan pantas.