Thursday, April 23, 2009

STESEN KERETAPI GEMAS


Stesen Keretapi Gemas mula di bina pada tahun 1906 dan berusia lebih kurang 103tahun.ia mempunyai keunikan tersendiri di mana ia menghubungkan dan menjadi titik pertemuan antara pantai timur-selatan-utara.ia terletak ditengah-tengah laluan dan menjadi perhentian terpenting,serta menjadi tempat penukaran kepala untuk megubah hala laluan.

Antara yang menarik di Gemas

Nasi Ayam Mustafah
antara kedai nasi ayam yang popular dan menjadi tumpuan di daerah gemas selain memiliki rasa yang enak ia juga terletak di tempat yang agak strategik iaitu di tengah-tengah pekan gemas dan berhampiran dengan perhentian bas dan teksi.
pemilik kedai ini bernama mustafah b yusuf.kedai ini sudah beroperasi lebih kurang 28 tahun.ia memulakan perniagaan sekitar tahun 1982 sehingga kini.ia terletak di BLOKE1&DAN E2 PERHENTIAN BAS DAN TEKSI GEMAS,73400 GEMAS N.SEMBILAN.
menurut pemilik kedai ini,jumlah ayam yang digunakan dalam sehari anggaran 50-100 ekor,dan kehadiran pelanggan yang tidak putus-putus apabila menjelang tengahari dan hampir mencecah angka 100-150 orang dalam sehari dan mempunyai pekerja seramai 8orang.
kedai nasi ayam mustafah ini mula beroperasi dari jam 10.30-5.00ptg,dan dibuka pada hari isnin-sabtu.jika ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi en mustafah di talian 012-6947886 pada waktu dan hari yang telah dinyatakan diatas pada harga RM4.00 untuk sepinggan

Sunday, April 5, 2009

Lokasi Ppik Gemas




Ppik Gemas terletak di Perbadanan Perpustakaan Awam Cawangan Gemas,Jalan Tok sulong,73400 Gemas N.Sembilan...Perpustakaan ini dibina pada bulan Disember 1989...lokasi yang strategik iaitu berhampiran dengan sekolah-sekolah iaitu sek.men.keb.tuanku.abdul rahman,sek.keb.tuanku.abd.rahman,sek ren.jenis kebangsaan cina dan sek.ren.jenis.keb tamil Dahulunya perpustakaan ini adalah sebuah bangunan lama kediaman Pegawai Daerah di zaman penjajahan British.Bangunan tersebut telah diambil oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan,lalu di ubah suaikan mengikut prosedur dan ciri-ciri perpustakaan yang mempunyai ruang-ruang dan bahagian-bahagian tertentu.ppik juga dijadikan sebagai batu loncatan untuk mencari rujukan dengan pantas.

Tuesday, March 10, 2009

SEJARAH GEMAS

Tugu peringatan perang dunia kedua antara australia-jepun
Tugu ini dibina untuk memperingati bekas-bekas tentera Australia & Jepun
serta keluarga mereka yang terkorban semasa berlakunya peperangan antara Batalion Australia 2/30 dengan Jepun pada 14 jan 1941.Tentera Australia telah meletupkan jambatan yang merentangi Sg Gemencheh di Kg Sg Kelamah yang menghubungkan Tampin-Gemas.Dalam peperangan itu ramai tentera Jepun yang terkorban dan pada 18 jan 1941 sepasukan lain tentera Jepun telah tiba dan menyebabkan tentera Australia berundur ke Segamat

Monday, March 9, 2009

Kemudahan awam
Pos Malaysia Bhd, No. 4614, Gemas Square, 73400 Gemas
Pejabat RISDA Stesen (PRS), 73400 Gemas
Makhamah Sivil Gemas, Jalan Mahkamah, 73400 Gemas
Public Bank Bhd, No. 12, Jalan Mahkamah, 73400 Gemas
Tenaga Nasional Bhd, B2, Felda Pasir Besar, 73420 Gemas
Tenaga Nasional Bhd, Jalan Gemas, Felda Pasir Besar, 73420 Gemas
Tenaga Nasional Bhd, No. 21, Jalan Pasar, 73400 Gemas
Yan Sew Medical Hall, 869/ 1, Jalan Tampin Batu 1 3/4, 73400 Gemas
Yew Sew Trading & Medical Hall Sdn Bhd, 869/ 1, Jalan Tampin Batu 1 3/4, 73400 Gemas
Zaunudin Stesyen Minyak & Service, No. 999, Jalan Batu Anam, 73400 Gemas
Persatuan Pemandu2 Kereta Sewa Felda N S T B, Perhentian Padang Kereta Sewa, Felda Pasir Besar, 73420 Gemas
Gemas Golf Resort Sdn Bhd, No. 1160, 73400 Gemas
IIUM Resorts Sdn Bhd, JKRN1829, Jalan Tampin, 73400 Gemas
Kem Syed Sirajuddin (dahulu Kem Gemas), 73400 Gemas

SEJARAH GEMAS

Gemas merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia, berhampiran dengan sempadan Negeri Sembilan-Johor. Bandar ini terletak sekitar 165 km dari ibu negara Malaysian, Kuala Lumpur. Bandar ini terletak pada kedudukan latitud 2.5833, longitud 102.5833. Ia merupakan pertemuan persimpangan landasan kereta api barat dan timur Malaysia. Stesyen kereta api Gemas ditubuhkan pada 1922 dan masih beroperasi hari ini.
Gemas merupakan persimpangan bagi
landasan kereta api ke pantai timur dan pantai barat Malaysia kendalian Malayan Railways. Disebabkan ini, Gemas merupakan sebuah bandar yang sibuk berbanding bandar lain yang sama saiz dengannya. Stesen kereta api Gemas didirikan pada 1922 dan masih beroperasi sehingga hari ini.
Selain dari pusat bandar Gemas asal, di sebelah Johor, bahagian baru yang dikenali sebagai
GemasSejarah Gemas
Penduduk asal adalah keturunan orang melayu asli dan ditadbir oleh seorang ketua yang bernama Datok Sabun yang berasal dari Minangkabau yang berhijrah bersama dengan angkatan ke Seri Menanti dan membuka kampung di Kampung Ladang. Nama asal Gemas adalah Ayer Terap sempena nama anak sungai yang mengalir berhampiran dengan " Rumah Rehat Gemas". Nama Gemas bermula apabila orang Inggeris berhujah dengan orang tempatan mengenai nama logam iaitu "Gold" dan " Omeh " menjadi Gomeh dan dibakukan menjadi Gemas.Gemas Baharu
telah didirikan yang terletak sekitar 1 km dari pusat bandar Gemas.

Wednesday, March 4, 2009

PERHUBUNGAN

Perhubungan
Gemas menjadi penting kerana di sini landasan kereta api bercabang dua, satu landasan ke Tumpat, Kelantan. Satu landasan lagi menuju ke Padang Besar, Perlis.
Jalan raya pula menghubungkan Gemas dengan
Segamat di Johor, Rompin dan Bahau di utara. Selain itu jalan raya menghubungkan Gemas dengan Melaka dan Johor melalui pekan Ayer Kuning dan terus ke Simpang Bekok.
Keretapi Tanah Melayu Bhd, No. 858, 73400 Gemas
Perhentian Bas Baru Gemas, 73400 Gemas
The Southern Omnibus Co Bhd,Perhentian Bas Baru Gemas, 73400 Gemas